18 Dec 2011

Nukilan aku untuk diri aku sendri....(aku bahagia di saat2 aku akan pergi.)

Jendela ini mata aku selalu melontarkan pandangan.
Jendela ini  mata aku selalu melihat ke luar di kawasan parking kereta,
di sana jua aku x pernah jemu mencari kelibat kereta merah yang comel atau kereta silver yang besar yang mana sering aku naiki bersama si dia,
Di jendela ini aku sering di kejutkan dengan kejutan yang tidak aku sangka yang mana wajah itu sering membuatkan aku hampir lemas ketakutan kerana wajah itu terpacak di celah2 besi kuning itu.
Jendela itu tempat aku berdiri setiap hari menunggu kedatangan pujaan hati tanpa jemu,
Jendela itu,ya jendela itu yang sentiasa setia dengan aku.


Kerusi ini masih baru,aku tidak pernah beli cuma aku di titipkan seorang jiran yang telah berpindah ke daerah lain supaya aku menjaganya.
Kerusi ini aku sering berbaring di situ,
bersama tasbih aku berzikir,kadang bersama buku yasin aku mengaji,
Kerusi ini tidak pernah membuatkan aku terlena,
Kerusi ini hanya membuatkan aku sentiasa termenung kesunyian dengan mata
memandang kehadapan yang aku sendiri x pasti apa yang aku lihat.

Dikerusi tadi aku melihat siaran tv yang aku x pernah menghayati lagi,
Siaran apa yang aku sedang lihat?
Entah lah,mungkin melihat penderitaan insan lain,
mungkin di situ ada kisah sedih,kisah gembira,perang,pembunuhan kemiskinan atau sebagainya.
Bunga itu tidak berseri lagi,
Bunga itu tidak akan layu kerana itu bukan bunga hidup cuma bunga hiasan yang akan kaku seperti aku.


Kerusi jati ini sudah jarang aku jadikan tempat sandaran,
Bukan aku lupa nak sandar di situ,cuma aku sudah ada tempat baru iaitu kerusi yang awal2 tadi aku ceritakan,
Kerusi jati ini tetap ada kenangan dalam rumah aku,rumah kita.
Itu,Meja lap top aku jarang gunakan juga.
Aku akan guna bila aku sangat bahgia kelak.
Bila aku bahgia?hanya Allah yang tahu.Aku sendiri tidak tahu mana kebahagian aku telah di bawa pergi.



Kawasan aku meluahkan rasa sedih,rasa gembira,rasa ingin bersama insan tersayang.
Disini aku duduk menghadap hadiah kesayangan aku.
Disini aku duduk melihat betapa cerianya aku di foto2 yang ada.
Ya,aku melihat foto di skrin lap top aku,
aku cemburu kerana wajah itu sangat ceria dan bahgia.
Yang nyatanya aku?hanya Allah yang tahu

Lihat yang hijau itu.
Ya itu lah tabung siling,
Bukan,bukan aku yang punya,
tapi insan kesayangan yang aku punya.
Dia beri pada aku untuk aku simpan duit siling.
Ada,masih ada siling di dalamnya dan aku akan sentiasa masukkan siling lagi dan lagi.
Di situ bersepah dengan barang2 lain,ada krim Lumiglow ada botol air ada buku ada pen ada ubat Mavellous.
Mavellous?apa itu?entah aku lupa apa itu,aku tahu?mungkin ya mungkin tidak.

Disini aku merayu pada Allah,aku mohon pada Allah
Kuatkan hati ku,redhakan hati ku,sabarkan hatiku,
Disini aku bangun jam 2 pagi aku solat istikharah,
Disini aku merintih,di sini aku menangis,di sini aku berlama lamaan.
Allah,aku perlukanMU aku rindukan Mu datanglah Kau dalam hatiku.

Ini tempat makanan aku.Ada isi? entahlah.
Mungkin ada mungkin tidak.
Apa yang ada dalam fikiran aku?
Buka lah hati aku ibarat membuka peti sejuk itu?
Entah lah..

Alam,aku akan tinggalkan semua itu,banyak lagi di dalam rumah ini yang akan aku tinggalkan,
Sayang,aku akan biarkan semua dalam rumah kita begitu,
kelak aku pergi siapa yang jaga semua perabut2 kita?
Adik Wan?ya hanya dia yang aku boleh serahkan.
Sayang,saat ini aku belai diri aku,aku belai rasa itu,
Rasa sedih,rasa kecewa tidak mendengar suaramu,
rasa sunyi tanpa teman bicara,rasa kosong dalam hati.

Sayang,aku sedang melihat maklumat pengidap kenser payudara,
apa yang di rasa sama seperti apa yang aku rasa,
Apa yang aku rasa tidak akan kau rasa,
Sayang,aku tahu dan percaya kau sangat berpengang pada janji2 kau yang
taburkan pada aku,
Aku percaya kesungguhan kau ingin mengambil aku sebagai isterimu kelak,
Tapi rasa takut rasa janggal tetap bersarang dalam hati aku.

Sayang,kelak aku tiada rumah kita akan kosong,jendela,kerusi meja dan sebagainya akan di biarkan sepi.
Sayang,aku berkata2 umpama aku sudah berputus asa,
Aku berputus asa?entah lah,aku cuma rindu dengan kamu.
Aku mahukan kamu,dan aku juga kesian dengan kamu.

Sayang,jika ini kesudahan aku,aku rela,
Aku bersedia untuk kembali pada Allah.
Aku bersedia untuk mengorbankan diri demi
kesejahteraan kehidupan kau kelak.

Tapi sayang,pada keadaan sekarang aku cuma mahu kau
lebih menyayangi aku,lebih banyak mengungkapkan kata2 sayang pada aku.
Lebih menghubungi aku,lebih menemani aku.
Kelak kita tidak akan bersama lagi kerana aku akan pergi jauh dari kalian semua.

Saat2 begini aku inginkan perhatian dari kamu.
Saat2 begini aku ingin belain dari suami,tapi mustahil
semua itu akan berlaku.
Sayang,jika aku mati pun aku redha kerana aku bahagia jika saat kesakitan aku kau sentiasa
berkasih sayang dengan aku.

8 Dec 2011

Lagu Aku


  Lagu ni! aku x nak dengar boleh?korang dengar je lah..nama Suria kan?nama aku lah tu...ada kenangan lagu ni pada aku yang mana aku sendiri x nak ingat sbb akan menganggu emosi aku..ada ubat x tuk aku..hahahahha...ok2 untuk kali ni aku x nak dulu lah cerita pasal urut2 lagi..nnti2 ya...aku lom ada benda nak tulis sbb aku sedang Bercuti yang mana lokasi tempat percutian aku x aku dedahkan kat sini dan aku sendri x kongsi kat sini :-P
  Cuma aku kongsi je lah lagu ni...hehehehhahahahah karang aku keluarkan lagu ni bila aku rasa nak keluarkan...wakakakakakakak merepek lagi aku ni!
 

Apa yang aku nak isi kat sini?

  Aku senget? x lah aku sengaja bubuh gambar aku mcm ni....aku dah lama x bersiaran kat sini kan?nak tahu kenapa?nak kongsi ke?hahahahahah,rasanya x perlu kot..hanya Allah yang tahu...aku? mcm ni lah..terima apa jua keadaan yang datang walau aku tahu menanggung resiko itu sangat payah tapi aku sanggup juga terima resiko itu :-D
  Bahagia??? hadoi...ada 3 tanda soal kat sebelah bahagia tu?jadinya aku bahagia? mungkin kebahagian itu bukan milik aku? mungkin? atau kebahagian itu milik aku?hahahahaha jom gelakkan aku..sbb aku hampir mereng sekarang...ni kan BLOG URUT WANITA kan? tapi apa yang aku merepek yang bukan2 kat sini?ok2 aku iklan jap.Sbb dah terlalu lama aku x bersiaran kat sini jadi cerita aku adalah bersantai yang mana aku nak main dengan emosi yang bercelaru?
  Bercelaru? ahahahhahaha jom kita gelak lagi..aku bercelaru ke?hahahah tengok! aku gelak,gelak gelak,adakah maknya aku dah nak gila?huisssss sapa yang rugi bila aku gila?x ada sapa2 rugi?aku rugi?emmmm aku rugi! hahahahaha gelak lagi!ok2 aku dah mula biol ni.
  Ok2,andai kata aku mati?Ya Allah! belum masa untuk aku mati lah...banyak benda aku nak kena lalui ni,belum cukup lagi aku terseksa kat dunia ni..banyak lagi kisah2 duka aku kelak yang belum datang lagi,aku pun masih lagi boleh terima nih...kenapa?ya..Sbb Allah menguji aku lagi :-D jadinya Alhamdulillah lah..
   Gleak lagi!hahahahahha ko tengok ni..apa yang aku merepek ni?ntah lah...aku pun x paham dengan aku ni,kakakakkakakakakak gelak dah mula lain mcm ni...hahahahhahahhuhuhuhuhuhuhu lagi2 gelak lah!ok2 pasni kita tergolek2 pulak,sbb aku tersangat gembira! memang gembira? ya lah aku kan Suria,terangggg benderang....ehehehhehe kejap2 aku malas nak tulis apa2 lagi...nnti makin meroyan pulak.....tengokkk....ada2 nak x kawan ngan aku lagi bila aku dah biol? ada sapa2 nak kawan ngan aku lagi x? aku tengah sorang ni,tengah sorang menghadapi keadaan yang aku kadang2 x leh nak terima dan aku kena terima dan aku terpaksa terima dan aku ikhlas terima...:-D hahahahahahahhahahahahahahahah gelak!