18 Dec 2011

Nukilan aku untuk diri aku sendri....(aku bahagia di saat2 aku akan pergi.)

Jendela ini mata aku selalu melontarkan pandangan.
Jendela ini  mata aku selalu melihat ke luar di kawasan parking kereta,
di sana jua aku x pernah jemu mencari kelibat kereta merah yang comel atau kereta silver yang besar yang mana sering aku naiki bersama si dia,
Di jendela ini aku sering di kejutkan dengan kejutan yang tidak aku sangka yang mana wajah itu sering membuatkan aku hampir lemas ketakutan kerana wajah itu terpacak di celah2 besi kuning itu.
Jendela itu tempat aku berdiri setiap hari menunggu kedatangan pujaan hati tanpa jemu,
Jendela itu,ya jendela itu yang sentiasa setia dengan aku.


Kerusi ini masih baru,aku tidak pernah beli cuma aku di titipkan seorang jiran yang telah berpindah ke daerah lain supaya aku menjaganya.
Kerusi ini aku sering berbaring di situ,
bersama tasbih aku berzikir,kadang bersama buku yasin aku mengaji,
Kerusi ini tidak pernah membuatkan aku terlena,
Kerusi ini hanya membuatkan aku sentiasa termenung kesunyian dengan mata
memandang kehadapan yang aku sendiri x pasti apa yang aku lihat.

Dikerusi tadi aku melihat siaran tv yang aku x pernah menghayati lagi,
Siaran apa yang aku sedang lihat?
Entah lah,mungkin melihat penderitaan insan lain,
mungkin di situ ada kisah sedih,kisah gembira,perang,pembunuhan kemiskinan atau sebagainya.
Bunga itu tidak berseri lagi,
Bunga itu tidak akan layu kerana itu bukan bunga hidup cuma bunga hiasan yang akan kaku seperti aku.


Kerusi jati ini sudah jarang aku jadikan tempat sandaran,
Bukan aku lupa nak sandar di situ,cuma aku sudah ada tempat baru iaitu kerusi yang awal2 tadi aku ceritakan,
Kerusi jati ini tetap ada kenangan dalam rumah aku,rumah kita.
Itu,Meja lap top aku jarang gunakan juga.
Aku akan guna bila aku sangat bahgia kelak.
Bila aku bahgia?hanya Allah yang tahu.Aku sendiri tidak tahu mana kebahagian aku telah di bawa pergi.



Kawasan aku meluahkan rasa sedih,rasa gembira,rasa ingin bersama insan tersayang.
Disini aku duduk menghadap hadiah kesayangan aku.
Disini aku duduk melihat betapa cerianya aku di foto2 yang ada.
Ya,aku melihat foto di skrin lap top aku,
aku cemburu kerana wajah itu sangat ceria dan bahgia.
Yang nyatanya aku?hanya Allah yang tahu

Lihat yang hijau itu.
Ya itu lah tabung siling,
Bukan,bukan aku yang punya,
tapi insan kesayangan yang aku punya.
Dia beri pada aku untuk aku simpan duit siling.
Ada,masih ada siling di dalamnya dan aku akan sentiasa masukkan siling lagi dan lagi.
Di situ bersepah dengan barang2 lain,ada krim Lumiglow ada botol air ada buku ada pen ada ubat Mavellous.
Mavellous?apa itu?entah aku lupa apa itu,aku tahu?mungkin ya mungkin tidak.

Disini aku merayu pada Allah,aku mohon pada Allah
Kuatkan hati ku,redhakan hati ku,sabarkan hatiku,
Disini aku bangun jam 2 pagi aku solat istikharah,
Disini aku merintih,di sini aku menangis,di sini aku berlama lamaan.
Allah,aku perlukanMU aku rindukan Mu datanglah Kau dalam hatiku.

Ini tempat makanan aku.Ada isi? entahlah.
Mungkin ada mungkin tidak.
Apa yang ada dalam fikiran aku?
Buka lah hati aku ibarat membuka peti sejuk itu?
Entah lah..

Alam,aku akan tinggalkan semua itu,banyak lagi di dalam rumah ini yang akan aku tinggalkan,
Sayang,aku akan biarkan semua dalam rumah kita begitu,
kelak aku pergi siapa yang jaga semua perabut2 kita?
Adik Wan?ya hanya dia yang aku boleh serahkan.
Sayang,saat ini aku belai diri aku,aku belai rasa itu,
Rasa sedih,rasa kecewa tidak mendengar suaramu,
rasa sunyi tanpa teman bicara,rasa kosong dalam hati.

Sayang,aku sedang melihat maklumat pengidap kenser payudara,
apa yang di rasa sama seperti apa yang aku rasa,
Apa yang aku rasa tidak akan kau rasa,
Sayang,aku tahu dan percaya kau sangat berpengang pada janji2 kau yang
taburkan pada aku,
Aku percaya kesungguhan kau ingin mengambil aku sebagai isterimu kelak,
Tapi rasa takut rasa janggal tetap bersarang dalam hati aku.

Sayang,kelak aku tiada rumah kita akan kosong,jendela,kerusi meja dan sebagainya akan di biarkan sepi.
Sayang,aku berkata2 umpama aku sudah berputus asa,
Aku berputus asa?entah lah,aku cuma rindu dengan kamu.
Aku mahukan kamu,dan aku juga kesian dengan kamu.

Sayang,jika ini kesudahan aku,aku rela,
Aku bersedia untuk kembali pada Allah.
Aku bersedia untuk mengorbankan diri demi
kesejahteraan kehidupan kau kelak.

Tapi sayang,pada keadaan sekarang aku cuma mahu kau
lebih menyayangi aku,lebih banyak mengungkapkan kata2 sayang pada aku.
Lebih menghubungi aku,lebih menemani aku.
Kelak kita tidak akan bersama lagi kerana aku akan pergi jauh dari kalian semua.

Saat2 begini aku inginkan perhatian dari kamu.
Saat2 begini aku ingin belain dari suami,tapi mustahil
semua itu akan berlaku.
Sayang,jika aku mati pun aku redha kerana aku bahagia jika saat kesakitan aku kau sentiasa
berkasih sayang dengan aku.

No comments:

Post a Comment