17 Nov 2011

Bermulanya Kisah Tukang Urut Main2 :-D

Bismillah,Assalammualaikum semua :-D
  X ku sangka ramai yang cari aku untuk melegakan lenguh2 urat sama ada penat berkerja,demam,terseliuh dn yg sama waktu dengannya. :-P 
 Bermulanya aku menjadi tukang urut?,emmm bila ya? nak cuba ingat ni ..ok lah,aku dah lama sedar yg aku ada kemahiran mengurut dari umur aku belasan lagi.Masa tu pakcik aku demam dan kebetulan aku menginap di rumah dia,makcik aku kata cubalah urut badan mana tahu leh baik.Aku urut lah ikut suka aku,x sangka pulak aku urut belakang badan dia je hari yg sama terus baik demam..Alhamdulillah :-D
 Masa tu aku x tahu lagi aku ni boleh mengurut,aku belasah je lah,tapi ikut sejarah,mak aku memang selalu urut jiran2.Pelanggan tetap mak adalah abah n anak2 dia le.Aku pulak? ntah lah ya.Satu hari tu arwah bapak(atok) suh urut leher dia,aku urut le,arwah kata,kerengga berjalan bila aku urut leher dia ,:-D
masa tu aku x berapa nak paham lagi...main belasah je lee..
 Badan aku? sejak aku duk jauh dari mak aku,memang x pernah di urut,aku pun x tahu napa,mungkin aku x pikir diri sendri kot..atau pun kalau aku demam atau sakit2 urat aku makan ubat je(dulu aku penakut nak makan ubat,jumpa doktor lagi lah,,tapi sejak aku duk jauh dari mak semua tu aku kena beranikan ,,la ni..ada sikit gementar le bila part jarum tu...heehhehe)yes! aku ingat.Ada sekali je badan aku di urut dengan member serumah,aku bayar upah dia 25sen,katanya pengeras supaya badan dia x sakit2... :-D
 Ok dah.Tu le sekali badan aku kena urut,berapa lama aku x duk ngan mak? 10 tahun lebih ada badan aku ni x kena urut...rasanya?ntah aku x ingat.
 Bila aku dah balik semula duk ngan mak,aku keja kilang jubin jap.Ada le teknision tu tangan dia terseliuh,katanya dah sebulan lebih sakit x hilang2,aku pun kata meh tangan jap aku urut.Aku urut tangan yang sakit tu,berkerut2 muka dia,aku x sakit dia yang sakit biar le,aku urut x sampai setengah jam,baik terus..hilang sakit yang sebulan lebih tu,alamak haiii,pandai ghupanya aku ni ya :-D
 Mula dari tu ramai le kawan2 kilang mintak aku urutkan,heheheh ,upahnya ikhlas hati,org bagi aku terima,org x bagi aku senyum je..Alhamdulillah,sakit2 org tu x lah balik kat aku. :-)
 Pas aku dah duduk dekat sikit ngan mak,seminggu 3 4 x aku balik umah mak,mak demam suh aku urut ,abah pun dah pandai mintak aku urut,kakak2 demam cari aku urut...sooo kesimpulannya kat sini aku memang ada kemahiran mengurut yang aku x sedar. :-D
  Akhir tahun 2008 (kalau x salah aku lah,aku pun dah lupa dah) aku ada g krusus Lumiglow,krusus apa tu?aha! Krusus yang di angjurkan oleh sebuah syarikat MLM berkenaan dengan satu produk dia yang sangat bagus,nama dia Lumiglow.( boleh cek kat sini k www.lumiglow2u.com ) dengan bayaran rm200 aku pun belajar lah cara2 mengurut khas untuk lelaki dan wanita.Memang sangat berguna untuk aku,dia ajar mcm na nak besarkan payudara nak kecikkan payudara,nak kurus nak gemuk,teknik urut kalau yang sakit2 badan yang lenguh2 badan dan yang sakit kritikal pun boleh,ala mcm angin angmar tu leee,,ehh lagi2..tuk pompuan x ada anak nak dapat anak pun aku belajar,nak tambah merapatkan hubungan suami isteri pun boleh. :-D
 Bahagian lelaki pulak,aku belajar mcm na nak besarkan alat sulit dia,nak panjangkan ke nak mantap ke yang ala mati pucuk pun ada.Nak suburkan masalah kesuburan pun aku belajar..hahahah mcm x percaya kan,,tapi aku memang ada belajar dan aku boleh ajar kat org luar sana. :-D
 Balik dari situ aku dah mula suka urut mengurut ni. :-D So aku gunakan tuk pendapatan sampingan.Alhamdulillah memang berbaloi-baloi.Pas tu jiran2 mak aku akan panggil aku untuk urut badan yang lenguh2 tu.Mak aku?Kalau aku x balk umh mak,dia akan cll terima pesanan nak mengurut :-P,kalau x sempat mak aku je lah yang jadi bidan terjun.Dah mak aku tok guru maka mesti lah aku lagi hebat teknik dia. :-D
 Aku jadi tukang urut betul2 ke?Banyak x duit upah aku? emmmmmmmm,macam mana nak kira bayaran pulak..dan betul ke aku ni tukang urut profesional? hehehehehehehehehehahahhahahahhuhuhhuhu
 Tunggu ya....akan di kabar2 kan :-D

2 comments: