25 Nov 2011

Salam Maal Hijrah para sahabat tercinta :-D

Assalammualaikum dunia,salam sayang sahabat2 ku ,salam cinta untuk yang di kasihi :-)

 Alhamdulillah kembali aku keruangan yang sangat bermakna untuk diri aku dan kekasih aku.Kekasih aku?hahahahahahahahah ya lah kekasih aku yang tercinta....ok lah x pe,,bukan nak certa pasal kekasih aku,
tapi nak cerita pasal kita2 semua....hahahah,,,,cop! apa yang aku merepak ni?.
 Ok2,lamanya aku x bersiaran kat sini,seminggu ada x?x pe lah,aku ada hal yang terpaksa di uruskan di luar sana,dan sekarang aku kembali untuk mengisi kekosongan di sini...Ok semua..bersedia untuk seterusnya?
  Alhamdulillah tahun Hijrah bermula..ada sesuatu yang berubah pada diri kita?mesti ada..Allah mengetahui segala apa yang tersembunyi,aku sebagai tukang karut?oooo bukan..aku sebagai tukang urut wanita yang baru nak mula akan berkongsi doa yang kita boleh baca hari ini atau tahun depan kelak..(itu pun jika kita jumpa lagi tahun Hijrah ni kan? ) ok,ni doa yang sangat bagus..islam itu indah kan?
  
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ok sahabat2 tersayang,mudah kan?Hari ni aku hanya nak menulis setakat ini sahaja,insyaAllah aku akan tulis lagi tentang sesuatu yang lebih menarik untuk aku kongsi pasal ilmu mengurut ini...Tinggal dulu saya sahabat..Nanti aku sambung lagi dan jangan lupa baca doa supaya kita menjadi insan yang di lindungi Allah dan di permudahkan segala urusan kita dunia akhirat...InsyaAllah ...:-D

No comments:

Post a Comment