18 Nov 2011

Mengurut Jadi Serius?

Bismillahhirahmanirahim,
Assalammualaikum semua :-D.
  Sambil2 baca kisah aku yang seterusnya aku sediakan lagu yang aku suke :-D korang suka atau x aku x tahu la pulak,tapi aku enjoi ngan lagu nih.
  Wokey sahabat aku mula k.Baiklah,sebelum aku nak jadikan aktiviti mengurut ni secara serius (tapi takat ni aku buat part time je lah) aku ada bincang dengan mak aku dulu,boleh x aku buat keja2 mengurut ni..Mulanya mak aku x setuju.Sebab?Aha! bukan calang2 orang boleh mengurut beb,apa yang aku tahu kalau x kuat dari segi mental,fizikil dan rohani akan memudaratkan badan.
 Contoh dulu ada jiran aku suh aku urut bahu dia,aku urut lah.esoknya bahu dia ok bahu aku yang sakit.Masa tu aku x tahu lagi kenapa tapi aku buat  biasa je lah.2 minggu pastu dia dtng umah aku mintak urut lagi pinggang dia sakit sampai nak jalan tegak pun x leh.Aku urut mcm biasa,esoknya pinggang aku yang sakit.Mak iaaaa...sampai x leh nak jalan tegak gak weee...Aku cll tanya dia dah ok lom,dia kata dah baik dah,dah leh jalan mcm biase.Adehhhhhh aku rasa ada yang x betul ni.(Tapi org lain aku tolong2 urut x pulak badan aku sakit pastu tu?kawan aku sorang ni je..emmmm ntah ya...)
  Jadi aku mcm mana pulak,adakah aku cukup kuat untuk mengurut secara serius?Aku yakin aku leh buat insyaAllah.Tapi aku kena bersedia.Atas pengalaman dan sedikit ilmu serta dari testimoni2 yang dah mengurut dengan aku (mak aku pun cakap tenaga aku cukup kuat untuk mengurut ni ;-P ) aku yakin sangat aku boleh buat.
  Memula mak aku rasa was2,takut badan aku x leh terima,sebab mengurut ni kena sentiasa
bersedia.Bersedia?InsyaAllah aku faham maksud mak aku tu.Tapi yang pasti my Darling sangat setuju aku teruskan niat untuk  menjadikan bidang mengurut ni kerja yang serius :-D.Apa saja kerja2 aku yang positif my darling sentiasa menyokong dan memberikan ilmu dan nasihat yang berguna...(tq sayang hehehehehehe)
  Mak pun mula lah ajar aku bacaan yang wajip aku baca bila  menerima pelanggan.Pertama baca Bismillah 3x ke2 Fatihah 1x dan ke3 baca ayat Kursi 1x..insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar :-D Alhamdulillah aku amalkan.Senang bukan? Ok,aku tambah dengan naluri aku sendiri,aku yakin ayat2 yang tadi memang sangat kuat untuk melindungi aku dari perkara memudaratkan dan aku banyakkan baca selawat sifa.Selawat sifa ni bagus bila kita baca semasa melawat org2 sakit atau untuk badan kita sendiri.
Selawat Syifa’
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 

  Aku dah amalkan selawat sifa sejak umur aku 19tahun lagi,setiap kali selepas kita solat fardu kita amalkan 100x insyaAllah hati kita baik,dan banyak manfaat untuk kita :-D
 

 Ok sahabat amalkan ya :-D
  Oh ya sahabat,sebelum aku pergi jauh dengan kisah aku ni,aku cerita mcm mana aku bersedia nak jadi tukang urut secara serius :-D.Dulu arwah nenek pernah mintak aku air penawar,aku ni memang x pandai nak buat air penawar mcm mana? mana lah aku ada ilmu macam tu sekali.Sebab x nak mengecewakan arwah nenek aku aku amik botol minerel yang nenek aku hulurkan tu aku baca Bismillah,aku baca fatihah,aku baca ayat kursi aku baca selawat sifa.. :-D Senyum dia bila aku bagi air tu..Masa tu nenek aku sering sakit perut.Baik ke sakit perut pas tu?Alhamdulillah secara kebetulan perut dia yang sakit tu dah ok :-D .Pada aku bukan sebab air yang aku baca tapi memang sakit tu pemberian Allah dan Allah juga yang menyembuhkan. :-D
  Tu dulu lah,la ni sebelum terjun ke bidang mengurut ni,aku mimpi (kebetulan gak lah tu gamaknya atau alamat memang aku ni nak jadi tukang mengurut :-D ) arwah nenek datang lagi mintak air penawar,mcm dulu gak lah aku beri air yang aku bacakan ayat2 tadi,dan esoknya aku mimpi kakak aku datang rumah aku bawak sedara2 dia dari Singapore untuk mengurut satu badan.
 Sejak aku bermimpi tu lah jiran2 rumah aku datang untuk mengurut dan terus berkembang sampai la ni :-D.Hah,aku yakin aku boleh buat :-D Bayaran mcm mana? Aha.....aku belum cerita lagi ya? jeng jeng jeng.......



No comments:

Post a Comment